* ETCHES *
Tuesday, June 3, 2008
dear bloggy..
Bak kata pepatah, sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi.
Begitulah persahabatan diumpamakan di zaman kini. Untuk mecari seseorang sahabat itu, hanya Dia tahu betapa peritnya untuk lakukan tersebut. Namun, bila dijumpa, payah lagi untuk kehilangannya. Mereka yang hanya menemani di masa senang namun hilang di masa susah, hanyalah talam dua muka dan tidak kerugian jika tidak ditemani mereka. Untuk mengelakkan diri dari tidak bertembung dengan mereka merupakan sesuatu yang mustahil.
In the course of our life, we will meet with alot of obstacles in the way..we will meet friends, acquaintances, soulmate. It is a matter of how we handle the obstacles, overcome them and remain triumphant. Seperti peribahasa, kata periuk, belanga hitam.
Perumpamaan ini amat sesuai untuk insan yang tidak pernah mencerminkan dirinya. Tiap orang mempunyai kekurangan, pernah melakukan kesilapan dan juga mempunyai keperibadian yang munkin tidak dapat difahami oleh semua. Keperibadian dan amalan baik buruknya hanyalah antara diri individual itu dengan diriNya. Kita tidak punyai hak untuk menghina dan mengata kerana semua makhluk di dunia ini adalah ciptaanNya.
intai malam mencari ketenangan
yang dikecapi hanyalah kebingungan
dendam, amarah ingin meneman
tetapi hanya Dia yang ku inginkan
dan hanya Dia yang tepati janjinya
kerna tidak pernah aku keseorangan
diana..
*twinkLes
;
9:27 AM :)